Inisiatif terbaru daripada Ragbi.My membawakan acara Virtual Run bertemakan ragbi yang pertama seumpamanya di Malaysia!
Tournament ragbi semuanya dibatalkan tahun ini, jadi bagi penggiat sukan ini takkan takde koleksi medal untuk tahun 2020?

Jangan risau, kami bawakan khas buat ruggers & runners kental, Ragbi.My Virtual Run 2020 – Rugby in My Blood merupakan larian bertemakan ragbi, khas buat komuniti ragbi khususnya dan buat rakyat Malaysia amnya.
Untuk makluman, acara ini dijalankan dalam tiga peringkat/kategori iaitu 5km, 10km dan 15km di mana pendaftaran telah pun dibuka sejak 3 Ogos lalu.

Acara larian maya ini dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu:
5km: bermula 3.8.2020 – 31.8.2020
10km: bermula 1.9.2020 – 30.9.2020
15km: bermula 1.10.2020 – 31.10.2020
Untuk menyertai acara Virtual Run ini, peserta perlu merekodkan jarak larian menggunakan running/fitness apps secara kumulatif dan dihantar kepada penganjur setelah menamatkan jarak diperlukan mengikut kategori.
Carisbrook selaku rakan kolaborasi Ragbi.My tampil dengan rekaan baju paling menawan yang pastinya menarik perhatian penggiat sukan ragbi untuk menyertai acara istimewa ini.
VIRTUAL RUN RAGBI PERTAMA DI MALAYSIA??.RAGBI.MY VIRTUAL RUN 2020..Tournament ragbi semuanya dibatalkan tahun ini,…
Posted by Carisbrook Malaysia on Monday, August 3, 2020
Bagi anda selaku pengumpul medal acara larian, anda juga boleh menyertai pakej kombo iaitu gabungan ketiga-tiga kategori (5KM, 10KM, 15KM) dan bakal membawa pulang medal yang boleh disambungkan membentuk bulatan yang unik dengan bentuk bola rabgi di tengah-tengahnya.

Jadi kepada anda yang ingin menyertai acara yang julung kalinya diadakan ini, klik pada link di bawah dan teruskan mendaftar
https://www.racexasia.com/event/ragbi-my-virtual-run-2020-ragb20
You must be logged in to post a comment Login