Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

X MORUC Muncul Naib Juara Ragbi Liga Melaka 2019

Pasukan X MORUC membuktikan kemampuan apabila berjaya muncul selaku naib johan dalam Kejohanan Ragbi Liga Melaka 2019 baru-baru ini.

Ragbi.my yang menghubungi pengurus pasukan X MORUC, Muhammad Nazir Mokhdar berkata, kejayaan pasukannya itu adalah hasil komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak.

“Selama kempen Liga Melaka berlangsung, pemain-pemain telah mempamerkan mutu permainan yang konsisten, berdisiplin serta mengikuti rancangan taktikal oleh jurulatih dengan baik,” jelas Nazir.

Menurutnya lagi, barisan kejurulatihan X MORUC yang terdiri daripada Mohd Shafiadey dan Norazman Omar serta pengurus utama M. Farid Aziz berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap pada saingan liga tahun ini.

Di peringkat kumpulan, X MORUC menewaskan Bukit Beruang RC (35-7) dan MASTANA Warrior (37-0) dan seterusnya di peringkat kedua mengenepikan cabaran HIGHLANDERS (20-5) dan Boys of Merlimau (BOMM) dengan mata 34-7.

Momentum X MORUC diteruskan apabila Politeknik Merlimau Hornet menjadi pasukan berikutnya ditewaskan dengan mata 20-0 di peringkat separuh akhir.

Skuad X MORUC yang dibarisi 35 pemain berbakat besar kemudiannya melangkah ke final bertemu Tuah RC.

Namun, nasib tidak menyebelahi X MORUC apabila Tuah RC nyata lebih unggul dengan asakan demi asakan hingga ke wisel penamat.

Perlawanan berkesudahan 34-24 menjadikan X MORUC selaku naib johan Liga Melaka 2019.

Menurut Presiden X MORUC, Datuk Hashim Isa berkata, prestasi pasukan bertambah baik tahun ini jika dibandingkan pada tahun lalu di mana X MORUC sekadar meraih naib johan Bowl.

Liga Melaka dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Melaka bertujuan mencari bakat-bakat baru dalam arena ragbi negeri untuk menyertai kejohanan-kejohanan kebangsaan seperti SUKMA dan Piala Agong.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Pasukan ragbi Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai Melaka atau lebih dikenali dengan nama Stingrays RC berada di landasan tepat dalam usaha membentuk bakat baru di...

FEATURES

Pasukan ragbi Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai atau lebih dikenali sebagai Stingrays RC merupakan antara nama tidak asing lagi bagi peminat ragbi akar umbi di...

Advertisement
0