Ragbi.MY selaku penerbit majalah ragbi pertama di Malaysia kali ini tampil dengan platform Youtube bagi menyemarakkan lagi senario sukan negara.
Buat peminat ragbi tempatan, Ragbi.MY menerbitkan pelbagai video menarik dan berinformasi yang boleh dijadikan sumber rujukan dan inspirasi untuk semua.
Ragbi.MY dalam kenyataannya memaklumkan, kandungan video yang diterbitkan meliputi keseluruhan elemen di dalam sukan ragbi supaya boleh dijadikan rujukan buat generasi akan datang.
“Kami menjemput semua peminat tegar ragbi di Malaysia untuk sama-sama SUBSCRIBE channel Youtube Ragbi.MY kerana kandungannya sangat interaktif dan informasi yang terkandung boleh dijadikan bahan rujukan khususnya dalam sukan ragbi”
Jurucakap Ragbi.MY
KANDUNGAN VIDEO BERKUALITI, BERINFORMASI & SESUAI UNTUK SEMUA
KOLEKSI PROGRAM BUAL BICARA KOPI-O PANAS
Program bual bicara langsung Kopi-O Panas yang menjadi rancangan ‘signature’ Ragbi.MY dihimpunkan dalam channel Youtube ini bagi peminat ragbi mengikuti semula topik-topik yang dibincangkan dalam segmen tersebut.
ALUMNI ON X ON
HIGHLIGHT PERLAWANAN/KEJOHANAN RAGBI TEMPATAN
Turut dimuatkan koleksi video highlights perlawanan serta kejohanan ragbi tempatan khas untuk peminat tanahair.
Manakala kandungan berikutnya menjurus kepada individu-individu yang telah memartabatkan sukan ragbi ke peringkat yang lebih tinggi.
EKSKLUSIF BERSAMA CIKGU ZAIN
Tidak ketinggalan, kandungan channel Youtube turut membawakan tips kecergasan dan kecederaan bersama tetamu jemputan yang tidak asing lagi dalam dunia ragbi tanahair.
DR. NIK | MANAGEMENT OF ACUTE INJURIES
Ragbi.MY turut menampilkan personaliti tanahair yang juga merupakan pemain ragbi suatu masa dahulu.
EKSKLUSIF BERSAMA DATO’ AFDLIN SHAUKI
FENDI BANGKIT CAPAI IMPIAN (SUKAN TOUCH)
Kandungan video seterusnya memfokuskan kepada pasukan negara yang dalam persediaan ke Sukan Asia 2026 di Nagoya.
MISI KILAUAN PINGAT 2016 (MALAYSIA 7’S)
EKSKLUSIF BERSAMA PEMAIN RAGBI NEGARA
Pasangan suami isteri Siddiq dan Liyana turut mendapat perhatian Ragbi.MY untuk ditampilkan dalam penerbitan video kali ini.
MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KOMUNITI RAGBI
Antara kandungan video Youtube yang membuka mata komuniti ragbi bahawa terdapat ramai lagi keluarga kurang berkemampuan di kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.
ISTIMEWA SYAWAL BERSAMA LAGENDA RAGBI TANAH AIR
Syawal tahun ini lebih bermakna dengan penampilan istimewa lagenda Sukan Komanwel 1998, Ahmad Farid Abdul Rahman atau Ujang yang berkongsikan pengalaman SUKOM98 bersama peminat setia Ragbi.MY
PELBAGAI KANDUNGAN VIDEO YOUTUBE BAKAL MENEMUI PEMINAT RAGBI
Bagi peminat dan penggiat ragbi di Malaysia, Ragbi.MY mengajak anda untuk sama-sama Subscribe dan memberikan sokongan terhadap penerbitan kandungan video yang boleh dijadikan sumber rujukan dan inspirasi buat semua.
DAPATKAN EDISI TERKINI MAJALAH RAGBI.MY YANG PADAT DENGAN PELBAGAI INFORMASI TERKINI DUNIA RAGBI TEMPATAN & ANTARABANGSA


You must be logged in to post a comment Login